Thursday, April 9, 2009

TITIAN BUDI 2009


22 Mac yang lepas, sekumpulan penuntut dari Uni. Teknologi Petronas telah mengadakan program Titian Budi 09 di Kg Sg Timun. I pun tak semak berapa orang semuanya coz yang I tahu keseronokkan bakal bermula. Maser bebudak nie sampai takder le kater meriah sangat. Yelah belum kenal. Tak kenal maka tak cinta. I pun segan gak, bebudak sains tu. I nie aper le ada. Tapi bile mak I dah angkut anak-anak baru dia balik, barulah keluar bunga-bunga kemesraan tu. Ok, ceriter panjang pun tak guna, kat sini I ader edit kan gambar-gambar masa program tu. Enjoy yourself

Sepatah dan berpatah-patah kata ucapan alu-aluan disampaikan oleh tok empat Kg Sg Timun.


Maser ni deme sume baru sampai. Tu masing-masing tengah khusyuk dengar ucapan dari tok empat le tu.

Kat atas ni gambar mak n abah I ngan anak2 angkat mereka. Yang kiri sekali Arif (made in Seremban), sebelah tu asif (made in Pakistan) n yang baju putih tu Fauzi (made in Muar)


Kat bawah ni masa malam 'Kedai Kopi'. Siang tu dia org ni hanya buat aktiviti bersama keluarga angkat. Plan dah baik dah. Abah I ingat nak bawak bebudak ni p cari siput sungai. I pun dah terbayang siput sungai masak lemak cili api ngan keladi. Ape nak buat tuhan tak izinkan. Kusangka panas hingga kepetang, rupanya hujan ditengahari. Kira siang tu dia orang berehat jelah. I pun takut tengok dia orang buat aktiviti. Tak henti-henti. Tak penat ke agaknye? Tapi siang tu kita orang tak payah masak coz asif yang masak. Ayam masak masala. Pagi tu dia orang bertiga p kebun adik I. Ipar I bawak. P tangkap ayam kampung. Boleh tahan gak mamat Pakistan ni masak. 3 ekor ayam tinggal 3 ketul je masa I sampai rumah mak I.

Aik poji, takkan satu je. Tu senyum dah sama lebar ngan pinggan.

Ni kita orang makan sekeluarga di pengkalan. Sebelum aktiviti 'Kedai Kopi'.

Nasib baik salsabila tak hilang. Kalau hilang akak cari korang bertiga. He.........Heeeeeeeeeee



Dah tak boleh nak gelak lagi salsabila. Penat. Ramai sangat peminat. Nasib baik belum pandai sain autograf.


Ni le muka bebudak UTP tu. Comey-comey belaka sumenye.

Ni gambar maser majlis penyerahan semula anak yang dipinjamkan kepada penduduk kampung. Heeee....nasib baik tak banjir sekampung.
KENANG DAKU DALAM DOAMU
Bergambar kenangan sebelum balik. Tak dapat nak bekalkan dia orang aper2. Mr Bean sorang sekor je yang dapat I kasi sbg tanda kenangan. Adalah sikit kerepek mak I bekalkan untuk mengonyel dalam bas. Masa student dari UKM dulu dapat gak mak bekalkan gulai udang galah sorang sikit. Yang ni tak dapat langsung. Udang tak da. Musim hujan. Tambah lagi jala abah dah tak da. Tapi 2 3 ari sebelum adik2 I ni balik merasa jugak diaorang. Abah I p beli kat orang. Adalah sekilo, tu pun besar2 ibu jari je. Tak puas makan agaknye diaorang. Yelah udang galah sekilo banyak mane sangat. Raja anak angkat wan mon sebelah rumah I (rumah rakyat) pun merasa gak lah. Dia memang rajin datang rumah mak I. Tapi insyallah, nanti diaorang datang sekali lagi, puaslah makan.


SEMOGA PANJANG UMUR DAN BERJUMPA LAGI.