Wednesday, April 15, 2009

BANJIR 15 APRIL 2009

Hujan lebat seawal 3 pagi hingga lebih kurang 9 pagi telah mengakibatkan banjir di kampung Sg Timun. Jalan short cut ditenggelami air. Jalan utama disekat oleh pokok tumbang. keadaan itu telah menyebabkan penduduk terputus hubungan. Sampai ada yang ikut jalan ladang Bukit Bertam untuk keluar. Jam 1 tengahari barulah pokok tumbang siap dikemaskan.



Thursday, April 9, 2009

TITIAN BUDI 2009


22 Mac yang lepas, sekumpulan penuntut dari Uni. Teknologi Petronas telah mengadakan program Titian Budi 09 di Kg Sg Timun. I pun tak semak berapa orang semuanya coz yang I tahu keseronokkan bakal bermula. Maser bebudak nie sampai takder le kater meriah sangat. Yelah belum kenal. Tak kenal maka tak cinta. I pun segan gak, bebudak sains tu. I nie aper le ada. Tapi bile mak I dah angkut anak-anak baru dia balik, barulah keluar bunga-bunga kemesraan tu. Ok, ceriter panjang pun tak guna, kat sini I ader edit kan gambar-gambar masa program tu. Enjoy yourself

Sepatah dan berpatah-patah kata ucapan alu-aluan disampaikan oleh tok empat Kg Sg Timun.


Maser ni deme sume baru sampai. Tu masing-masing tengah khusyuk dengar ucapan dari tok empat le tu.

Kat atas ni gambar mak n abah I ngan anak2 angkat mereka. Yang kiri sekali Arif (made in Seremban), sebelah tu asif (made in Pakistan) n yang baju putih tu Fauzi (made in Muar)


Kat bawah ni masa malam 'Kedai Kopi'. Siang tu dia org ni hanya buat aktiviti bersama keluarga angkat. Plan dah baik dah. Abah I ingat nak bawak bebudak ni p cari siput sungai. I pun dah terbayang siput sungai masak lemak cili api ngan keladi. Ape nak buat tuhan tak izinkan. Kusangka panas hingga kepetang, rupanya hujan ditengahari. Kira siang tu dia orang berehat jelah. I pun takut tengok dia orang buat aktiviti. Tak henti-henti. Tak penat ke agaknye? Tapi siang tu kita orang tak payah masak coz asif yang masak. Ayam masak masala. Pagi tu dia orang bertiga p kebun adik I. Ipar I bawak. P tangkap ayam kampung. Boleh tahan gak mamat Pakistan ni masak. 3 ekor ayam tinggal 3 ketul je masa I sampai rumah mak I.

Aik poji, takkan satu je. Tu senyum dah sama lebar ngan pinggan.

Ni kita orang makan sekeluarga di pengkalan. Sebelum aktiviti 'Kedai Kopi'.

Nasib baik salsabila tak hilang. Kalau hilang akak cari korang bertiga. He.........Heeeeeeeeeee



Dah tak boleh nak gelak lagi salsabila. Penat. Ramai sangat peminat. Nasib baik belum pandai sain autograf.


Ni le muka bebudak UTP tu. Comey-comey belaka sumenye.

Ni gambar maser majlis penyerahan semula anak yang dipinjamkan kepada penduduk kampung. Heeee....nasib baik tak banjir sekampung.
KENANG DAKU DALAM DOAMU
Bergambar kenangan sebelum balik. Tak dapat nak bekalkan dia orang aper2. Mr Bean sorang sekor je yang dapat I kasi sbg tanda kenangan. Adalah sikit kerepek mak I bekalkan untuk mengonyel dalam bas. Masa student dari UKM dulu dapat gak mak bekalkan gulai udang galah sorang sikit. Yang ni tak dapat langsung. Udang tak da. Musim hujan. Tambah lagi jala abah dah tak da. Tapi 2 3 ari sebelum adik2 I ni balik merasa jugak diaorang. Abah I p beli kat orang. Adalah sekilo, tu pun besar2 ibu jari je. Tak puas makan agaknye diaorang. Yelah udang galah sekilo banyak mane sangat. Raja anak angkat wan mon sebelah rumah I (rumah rakyat) pun merasa gak lah. Dia memang rajin datang rumah mak I. Tapi insyallah, nanti diaorang datang sekali lagi, puaslah makan.


SEMOGA PANJANG UMUR DAN BERJUMPA LAGI.

Tuesday, January 20, 2009

UDANG GALAH

PENGKALAN NELAYAN KG SG TIMUN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pencinta alam, kaki pancing dan sesiapa saja. masih ingat lagi pada keenakkan dan kemanisan rasa udang galah Kg Sg Timun? Tahun 2009 ini menyaksikan perubahan yang besar kepada Pengkalan Nelayan Kg Sg timun. Jadi pada tahun ini pakat-pakatlah dengan ahli keluarga dan sahabat handai untuk berkunjung sekali lagi ke sini. Pengkalan ini telah dikelolakan dan diuruskan oleh ahli-ahli jawatankuasa persatuan. Dipimpin oleh pengerusi En Alias b Busu. (Nanti I masukkan gambar En Alias)
Untuk pengetahuan U all Kampung Sungai Timun merupakan sebuah perkampungan nelayan yang mempunyai penduduk seramai lebih kurang 520 orang dan 60 buah rumah. Kebanyakan penduduk disini menjadikan penangkapan ikan dan udang sebagai punca rezeki. Abah I pun nelayan jugak. Pengkalan Nelayan kampung ini telah dibina oleh penduduk kampung pada tahun 1985 dan ianya telah menjadi salah satu Produk Pelancongan Daerah Rembau yang mana ianya merupakan laluan lagenda dan bersejarah Raja Melewar, Yam Tuan Negeri Sembilan yang pertama yang melaluinya dari Kuala Linggi ke Astana Rembau. Actually I bangga jadi orang kampung nie. Coz time boring I n anak-anak boleh ambil angin kat situ.


Jalan masuk ke Pengkalan Kg Sg Timun

Kali ni I nak bagi tau U all, terbaru pelbagai kemudahan disediakan untuk pengunjung. Gerai makan yang menyediakan pelbagai menu masakan. dan sekiranya anda teringin merasa keenakkan udang galah masak lemak cili api, anda boleh meminta pemilik gerai tersebut (Puan Ros ) menyediakan untuk anda. Nasi goreng kampung kak ros ni memang jadi favourite I.

Kedai Kak Ros

Terdapat option lain untuk pengunjung menjamu selera. Warung Kunang-Kunang Ceria milik En. Lan yang menyediakan pelbagai makanan dan yang istimewa sekali ialah nasi ayam dan soto yang disediakan mampu memuaskan selera pengunjung. I suka nasi ayam kat warung ni. Warung ini terletak di jalan besar, kat simpang masuk ke rumah rakyat Lubok China . Betul-betul kat bawah pokok yang rendang tu.

Warung Kunang-Kunang Ceria

Selain itu kedai makan Cik Yah turut menyediakan sarapan pagi untuk penduduk kampung dan pengunjung yang ke Sg Timun. Terletak di jalan pintas masuk ke kampung. Actually dia ni mak sedara I. Abah I punye akak. Sarapan pagi yang istimewa kat sini ialah mee rebus Singapore. Kedai makan lain sekitar sini memang tak jumpa menu tu. Kalu nak mintak dia masakkan udang pun boleh coz masa TV3 datang tu pun dia yang masakkan. Tu yang pakai tudung hijau tu. Pehh....kalu boleh jari kaki pun nak jilat. Takda yang kurang. Dari cilli, lemak santan, garam, asam semuanya lengkap. Tapi kena bagi tau dululah kalau nak minta masakkan. Tel:- 012-3107108


Kedai makan Pn Sariah

Juga bakal disediakan sederet bangunan kedai yang masih lagi dalam pembinaan.


Bagi pengunjung yang beragama islam, surau yang luas dan selesa disediakan untuk anda menunaikan ibadah solat. Malah solat berjemaah juga boleh dilaksanakan memandangkan surau yang ada kini lebih besar berbanding yang dulu. I rase kalau ada yang berminat nak buat apa- apa majlis kat surau nie pun boleh. Yelah yang lebih rezeki boleh le buat amal jariah. Bacaan Yassin ke, solat hajat ke

Surau baru
Kat bawah ni le rupe pondok perahu/ bot yang baru. I lagi suka tengok yang lama. Banyak nostalgia. lagi pun terasa sikit kampungnya. Tapi yang baru ni memberi lebih keselesaan dan kemudahan kepada pemilik bot/ perahu.

Pondok perahu


Bangunan tandas juga telah diperbaharui. pengunjung tidak lagi perlu berkongsi tandas. Kini ia diasingkan untuk pengguna lelaki dan wanita. Siap dengan pancuran air untuk membersihkan diri.





Selain itu Persatuan Nelayan Sungai Timun (PNST) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Timun menyediakan kemudahan penginapan di dua chalet serba lengkap di pangkalan sungai terbabit dengan kadar yang berpatutan.

Bagi pengunjung yang memilih untuk bermalam didalam khemah, tapak perkhemahan juga disediakan untuk para pengunjung mendirikan khemah. Tempat untuk memasak juga disediakan untuk pengujung yang berkhemah



Tapak Perkhemahan

Kemudahan untuk menyewa bot turut disediakan untuk pengunjung sama ada untuk aktiviti memancing atau melihat kunang-kunang. Kemudahan sewaan bot untuk pakej memancing dan melihat kelip-kelip (harga sekitar RM15-RM200 bergantung kepada saiz bot serta jenis pakej).


Yang ni perusahaan milik En Rahmat, I panggil abg ara je. Udang galah dan siakap. Kalau nak boleh telefon dia. Orang rumah dia pulak ada bekalkan cacing untuk umpan. Kena belilah, free tak dapek doh. Baru-baru ni I survey, ada lak yang jual umpan anak ikan kat jeti. I tak kenal. Nanti I tanye. Tapi mudahlah U all nak dapatkan umpan. Siapkan duit je. No hutang tau.



Bagi yang nak baiki enjin boleh cari En Arifin. Tak kira kecik ke besar ke, cari je dia. Yang tengah baiki enjin tulah orangnye. Untuk pengetahuan U all kebanyakkan nelayan disini telah menjalani kursus membaiki enjin bot.


Haa..... U nak tau tak saper uncle nie? Nie le abah I. En Aziz. Nama glamour Aziz Uban. Merangkap bendahari persatuan. Pagi ke sungai,malam jaga kat ladang KOSAS. Kalau nak udang atau ikan sungai pun boleh telefon abah I. Kalau minat nak jadi ahli persatuan pun boleh telefon abah I nie. Tak mahal. Daftar ahli RM 10. Bulanan RM2. Tel:- 019-6208603. Nak tau tak cerita terbaru pasal abah I nie. 20 Mac 09 abah I pergi menjala udang galah. Tak perasan pulak Pak Ya pun dah kongsi sama umpan yang abah I tabur tu. Bila dah terasa jala tu berat, abah I angkat. Ingatkan siakap besar. 2 3 kali abah I angkat dia tak mahu naik. Kali terakhir abah I angkat Pak Ya tu naik paras lutut. Abah I terperanjat, terus tertampar muka Pak Ya tu. Pak Ya tu pun sebanarnya terperanjat. Nak lepaskan diri dari jala dah la tak dapat, tup tup dapat penampar abah I. Rezeki tak ada. Pak ya tu lari bawa jala abah I sekali. Ingatkan dapatlah tambah lagi udang untuk menyambut anak-anak angkat yang bakal tiba dari UTP. Jala baru tuuuu. Nampak gayanya kenalah buat lagi jala yang baru.



Pondok untuk pemancing berteduh atau berehat turut disediakan. Tapi kalu raser nak picnic pun boleh. Bawak je tikar, bekal n bantal. Tapi bawalah family sekali.



Apa yang lebih membanggakan, persatuan turut mengeluarkan perbelanjaan sendiri sebanyak RM20,000 untuk menceriakan Dataran serta Dewan Terbuka yang telah pun dibina oleh pihak Majlis Daerah. Bagi mana-mana persatuan atau agensi yang berminat menganjurkan sebarang event di Pengkalan Nelayan Kg Sg Timun, bolehlah menghubungi pihak pengurusan.

Bulan Ogos tahun 2008, UKM mengadakan program anak angkat di Kg Sg Timun. Meriah betul kampung ni. Meriahnya macam menyambut Syawal. Pelbagai aktiviti diadakan dengan kerjasama mahasiswa/mahasiswi UKM, JKKK Kg Sg Timun, Persatuan Nelayan dan penduduk kampung sendiri. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program. I tak dapat nak edit gambar program tersebut sebab I tak ada gambarnye. Jadi pesan I kat adik- adik yang join program PERMANIS tu, tolonglah email kan gambar U yang cun-cun tu kat email akak. (seri_raudhah_20@yahoo.com)




HARGA UDANG GALAH MASIH LAGI

RM 50/ KG




Suasana pada petang Sabtu, 14 Februari 2009




Ha, yang ni hasil tangkapan yang dinaikkan di Pengkalan Sg Timun. Jiran sebelah rumah I. Pada hari yang sama adalah sorang uncle (uncle madi)dapat ikan pari n siakap besar. I tak sempat nak tanye berapa kilo. Tapi memang besar. Gambar pun tak ada sebab masa I dapat tahu, dia dah potong-potong ikan tu. Dah ada pembeli.

Hasil 19 Feb. Siakap 3 kg lebih n 2 kg lebih. 1 kg RM 18.

Suasana 28 Feb. Walaupun hujan, tetap ada yang menghulur joran ke gigi air. Yang baru naik pun ada. Tapi hari hujan, faham-faham je lah hasil dia

NANTIKAN LAGI BERITA TERBARU DARI KG SG TIMUN